Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Takiyuddin Hassan Dilantik Naib...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai...

Pecah Amanah: Bekas Eksekutif...

KUALA LUMPUR - Bekas eksekutif akaun sebuah syarikat mengalirkan air mata kegembiraan selepas...

PM India Wujud Jawatan...

NEW DELHI – Mungkin ini satu-satu menteri seumpamanya di dunia tetapi Perdana Menteri...

Piala Asia: Malaysia Tumpas...

BURIRAM – Kempen Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 seakan sudah hampir...

Ditipu ‘Penganjur Konsert’, Estranged Nak Saman RM100K

SUSULAN isu ditipu wanita yang mendakwa dirinya merupakan seorang penganjur konsert, kumpulan Estranged akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman individu berkenaan.

Satu sesi sidang media akan diadakan pada keesokan hari di Hartamas bagi menjawab persoalan mengenai isu tersebut.

Baca: Kumpulan Estranged Kena Tipu `Tour’ Di London

Menerusi saman yang difailkan peguam mereka, Estranged menuntut ganti rugi sebanyak RM100,000 selain beberapa ganti rugi lain yang akan ditafsirkan oleh mahkamah.

Mengikut kronologi, band itu pada mulanya dikatakan dijemput membuat persembahan di Apple Music Christmas Festival di United Kingdom yang mana mereka dijadualkan berkongsi pentas dengan band terkenal, Metallica dan Radiohead.

Namun, ternyata semua yang dijanjikan itu adalah satu penipuan dan scam terancang yang dilakukan seorang wanita dikenali sebagai Eziana Abd Aziz yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc yang beribu pejabat di London.


Susulan kejadian itu, Estranged yang dianggotai Rich, Hanafi dan Din akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori