Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JAIJ Tidak Cadang Tambah...

NUSAJAYA - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tidak merancang untuk menambah tempoh kursus...

“Saya Yakin Negatif Koronavirus”...

“SAYA sudah bersedia.” Itu jawapan ringkas penyanyi, Ika Mustafa yang berdebar menanti keputusan...

Kalau Australia Tak Bagi...

MEDIA Australia Sydney Morning Herald pada Khamis melaporkan, kerajaan Australia akan menolak permohonan ekstradisi ke atas...

China Teruskan Pemberian Senjata...

HUBUNGAN dua hala China dengan Filipina semakin kukuh di bawah Presiden Rodrigo Duterte...

Donald Trump Presiden Amerika Syarikat Ke-45

KUALA LUMPUR – Calon Republikan, Donald Trump secara rasmi ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 di Capitol Hill, Washington DC, hari ini.

Trump mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung AS, John Roberts pada pukul 1.05 pagi waktu Malaysia (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington DC).

Bilionair AS berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden AS, 8 November lepas.

Majlis bersejarah itu, yang disiarkan secara langsung stesen televisyen antarabangsa, dipengerusikan Roy Blunt, senator Republikan dari Missouri dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kongres Mengenai Aktiviti Perasmian.

Trump merupakan presiden pertama negara itu yang tidak pernah berkhidmat dengan tentera atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan selain paling tua dalam sejarah AS sendiri.

Terdahulu dalam ucapan ringkas pada akhir konsert khas di depan Tugu Peringatan Lincoln di Washington DC, Trump menegaskan lagi azamnya untuk mendapatkan semula pekerjaan rakyat AS yang ‘berpindah’ ke luar negara.


Beliau turut berazam untuk membina semula pasuka tentera AS yang kuat. Konsert itu hanyalah satu daripada beberapa acara tradisi yang dihadiri Trump sehari sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS.

Tinjauan program stesen tempatan CBS News menunjukkan Trump bakal melangkah masuk ke Rumah Putih dengan sokongan rakyat hanya sebanyak 37 peratus, iaitu yang paling rendah dalam sejarah.

Bakal Setiausaha Akhbar Rumah Putih berkata selepas angkat sumpah Encik Trump akan menyampaikan ucapan sekitar 20 minit yang bersifat peribadi serta wawasannya bagi AS. – BERNAMA

Kategori