Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Buntat Minat Berlakon, Sedia...

SELEPAS melakonkan watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku, Muhammad Ariff Abdullah,...

48 Maut, 67 Cedera...

KABUL - Serangan pengebom nekad di Kabul, hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang,...

Polis Tahan Empat Anggota...

BUKIT MERTAJAM - Empat anggota geng ‘Man Kuda’ yang telibat dalam kegiatan curi...

Baju Dayang Nurfaizah Di...

YA, kami masih belum move on daripada bercakap tentang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke...

Dua Remaja Ditemui Mati Dalam Kereta Di Panchor

KOTA BHARU – Dua remaja berusia 18 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta di Panchor, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff, berkata orang ramai menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta itu, jam 6 pagi tadi.

“Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohamad Sharul Nizam Hasbullah dari Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam dari Kampung Panchor, Kemumin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setapa berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan.

“Namun pihak kami mendapati ada cecair yang keluar dari hidung kedua-dua mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Salimah Kamaruddin, 34, berkata ketika kejadian, dia baru hendak memulakan perniagaan kedai makan berhampiran dengan rumah mangsa.


“Ketika saya sampai, saya lihat orang ramai sudah memenuhi pekarangan rumah mangsa dan tidak menyangka ada orang yang mati dalam kenderaan.

“Mangsa (Sharul Nizam) menyewa bersama ibu serta tiga adik beradiknya di situ sejak sekian lama,” katanya. – Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

Kategori