Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Fathia Buat Hal Lagi,...

SEBELUM ini dia dikecam gara-gara komentari perkembangan semasanya yang kurang bijak di laman...

Hanya 16% Ibu Bapa...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahkan bahawa hanya 16 peratus...

Vivo Malaysia Sasar Jualan...

KUALA LUMPUR - Vivo Malaysia menyasar menjual lebih daripada 1.5 juta unit telefon...

Ikan Kelah Ini Harganya...

Ikan Kelah di dalam gambar di atas berharga RM550 dan seberat 2 kilogram...

Dua Sungai Di Setiu Lebihi Paras Bahaya

KUALA TERENGGANU – Paras dua sungai di daerah Setiu kini melebihi paras bahaya manakala sebatang sungai di Besut melepasi paras amaran dan sebatang sungai di Hulu Terengganu melepasi paras berjaga-jaga berikutan hujan hari ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my menyatakan di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Langkap mencatatkan bacaan 22.01 meter (m) berbanding paras bahaya 21.50m manakala Sungai Chalok di Jambatan Chalok mencatat bacaan 9.50m melepasi paras bahaya 8.40m.

Di Besut pula, Sungai Besut di Jambatan Keruak mencatat bacaan 34.11m yang melebihi paras amaran 34m.

Di Hulu Terengganu, Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan bacaan 19. 18m melepasi paras berjaga-jaga 19m. – BERNAMA

Kategori