Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bertuah! Syed Saddiq Bawa...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bangga...

Kemelut Politik, Bursa Malaysia...

KUALA LUMPUR - Harga saham di Bursa Malaysia meneruskan penyusutan pada pembukaan dagangan...

Teruslah Berada Di Rumah,...

KUALA LUMPUR - Selepas pengumuman berita baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin PKS (Tambahan)...

Kuala Krai Siap Sedia...

KUALA KRAI - Jajahan Kuala Krai telah menyediakan 105 pusat pemindahan sebagai persiapan...

Dua Wanita Jadi Mangsa Penipuan Internet

JEMPOL – Seorang wanita berputih mata selepas mendepositkan RM500 sebagai bayaran pendahuluan sebuah kereta terpakai jenis Perodua Kancil yang diiklankan dalam sebuah laman web beli-belah popular di negara ini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata wanita berusia 21 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu klinik di sini hanya menyedari ditipu apabila mangsa gagal menghubungi pengiklan terbabit selepas memasukkan wang tersebut.

“Kereta yang diiklankan berharga RM4,588 dalam laman web tersebut. Wanita itu kemudiannya menghubungi pengiklan itu dan dia telah diminta memasukkan wang RM500 sebagai bayaran tempahan oleh pengiklan itu ke dalam satu akaun bank.

“Selepas mendepositkan wang RM500 ke dalam akaun bank berkenaan, mangsa cuba menghubungi pengiklan berkenaan namun gagal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa yang tinggal di Felda Pasoh 4, Simpang Pertang dekat sini kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, katanya

Sementara itu, dalam kes berasingan, Noorzainy berkata seorang lagi wanita turut menjadi mangsa membabitkan penipuan 10 unit telefon pintar oleh seorang kenalan aplikasi sosial wechat.

Beliau berkata mangsa yang tinggal di Kampung Batu Bakar, Bahau, dekat sini kerugian RM6,600.


“Suspek mengaku dia merupakan pengedar telefon bimbit jenis Apple iPhone. Mangsa kemudian membuat bayaran sebanyak lapan kali ke dalam akaun bank seperti diminta oleh suspek,” katanya.

Noorzainy berkata selepas mangsa membuat pembayaran, dia gagal menghubungi suspek yang bertindak menyekat akaun WeChat.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori