Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Vaksin Cukup, Pembangkang Sengaja...

KUALA LUMPUR - Kementerian menegaskan bekalan vaksin bagi wabak rabies adalah mencukupi kerana masih terdapat 6,000 simpanan vaksin yang belum...

Bilik Hotel Jahanam Dirosak...

ALANGKAH terkejutnya pekerja sebuah hotel di Sandakan, Sabah apabila mendapati salah sebuah bilik...

4,684 Kes Baru, 11...

Sebanyak 4,684 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,705,824.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

SPRM Serah Kertas Siasatan...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, mengesahkan telah menyerahkan kertas...

Duta Baru AS Minta Netizen Cadang Makanan Sedap

BAKAL duta baru Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Lakhdir yang tiba di negara ini dan sudah mula menjalankan tugasnya sempat memuat naik video untuk memperkenalkan dirinya di laman Facebook kedutaan AS, @usembassykl.

Memulakan salam perkenalannya dengan ucapan, ”Apa khabar?” dalam video berdurasi 1 minit 35 saat itu Lakhdir menceritakan secara ringkas tentang dirinya termasuklah berkenaan latar belakang keluarga dan perjalanan kerjayanya.

Apa yang menarik sekali adalah Lakhdir mempunyai darah campuran India di sebelah bapa dan Mat Salleh di sebelah ibunya.

“Bapa saya dari India dan menghadiri universiti di AS sebelum jatuh cinta dengan ibu saya, seorang warga Amerika,” katanya memulakan cerita.

Pertembungan budaya daripada kedua-dua ibu bapanya menjadikan wanita ini telah didedahkan dengan adat resam yang pelbagai di dunia luar sejak kecil lagi.

“Melalui perjalanan kami, saya dan abang saya telah didedahkan kepada dunia luar dan menghormati budaya lain.”

Sebelum menyertai Perkhidmatan Luar Negara, Lakhdir telah bekerja sebagai guru di Kenya dan China.

Selain itu, Lakhdir juga pernah berkhidmat di Riyadh, Jakarta, Beijing, Belfast dan Washington sepanjang 25 tahun kerjayanya.

Tambah wanita ini lagi, sebagai duta, tugas beliau adalah untuk meluaskan kerjasama dengan Malaysia dalam sektor perdagangan, alam sekitar, perundangan, pendidikan, kesihatan awam dan juga pencegahan terorisme.


Selain itu, Lakhdir juga berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia datang melawat AS untuk membina persefahaman antara dua negara.

Dalam video ini, Lakhdir turut memberitahu bahawa beliau pernah melancong ke Malaysia pada tahun 1990 dan amat teruja untuk tinggal di negara yang cantik dan berbilang bangsa ini.

Dan seperti majoriti ‘orang baru’ ke negara kita, tidak sah sekiranya tidak berbicara tentang makanan.

Lakhdir menyuarakan keterujaannya untuk mencuba makanan Malaysia yang hebat dan meminta agar rakyat negara ini memberi cadangan makanan tempatan yang mesti dicuba olehnya di laman Facebook Kedutaan AS iaitu US Embassy Kuala Lumpur.

Rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap kedatangan Lakhdir ke Kuala Lumpur dan mengucapkan selamat datang serta mendoakan kesejahteraan beliau memulakan tugas di sini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori