Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DAP Kecewa Kes Bantah...

KUALA LUMPUR - DAP menyelar keputusan Jabatan Peguam Negara tidak mengambil tindakan lanjut...

Sebuah Bank Di Ipoh...

IPOH - Sebuah bank di Jalan Seenivasagam di sini terpaksa dikosongkan selepas kakitangannya...

Selangor Tak Pernah Keluar...

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah memberikan permit atau kelulusan terhadap...

KLSCAH Cadang Tempoh Kempen...

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya...

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

AKTIVIS masyarakat Datuk Seri Jamal Md. Yunos, sekali lagi ‘menyerang’ Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam apabila kali ini tampil membawa 10 set katil.

Gimik objek ranjang itu sebagai tanda protes beliau yang juga PengerusiĀ Gerakan Baju Merah, terhadap akitiviti rumah urut haram yang makin bebas berleluasa tanpa kawalan sesiapa di seluruh Selangor ketika ini.

Set katil bujang berserta bantal dan cadar putih tersebut disusun begitu cantik di hadapan pintu pagar laluan masuk utama ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu kira-kira jam 11Ā pagi Rabu.

Setiap satu katil itu dilengkapi dengan tilam dan selimut yang ditulis dengan perkataan DAP – akronim untuk ‘Dapat Aiskrim Percuma’ manakala bantal pulam mempunyai perkataan seumpama skim ‘Rumah Urut Selangorku’.

Menurut Jamal, sehingga kini masalah itu kian meruncing apabila dianggarkan kira-kira 4,000 premis urut didapati giat subur beroperasi secara haram di bawah kepimpinan kerajaan negeri diterajui Menteri Besarnya, Azmin Ali.

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

“Rumah-rumah urut ini tumbuh bagaikan cendawan segar dan ia sangat membimbangkan apabila turut menyediakan aktiviti yang tidak bermoral untuk menarik orang ramai.


“Angka 4,000 itu hanya mewakili 50 hingga 60 peratus daripada jumlah rumah urut haram di negeri ini dan ia diperoleh hasil tinjauan lebih 200 ahli persatuan sejak sebulan yang lalu,” katanya.

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Ekoran isu berkenaan, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar secara sinis mencadangkan supaya Azmin mengadakan ā€˜Program Rumah Urut Selangorkuā€™ berikutan lambakan premis tidak bermoral itu.

“Di Selangor ini, sudah ada satu progres, iaitu Rumah Urut Selangorku. Inilah ‘kejayaaan’, kejayaanĀ  yang dicipta oleh kerajaan di bawah pimpinan menteri besar,” ujarnya.

Beliau turut mengedarkan ais krim terbaharu jenama ‘Azmin Ice Cream – Sekali rasa pasti nak lagi’ kepada orang ramai sebagai gimik pelancaran program DAP bagi memeriahkan lagi acara.Ā – MYNEWSHUB.CC

Kategori