Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Datuk Mokhtar Hashim Meninggal...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, meninggal...

Snap! 6: Cangkerang iPhone...

Sebanyak 20 Juta unit iPhone 6 dan 6 Plus telah terjual sejak dilancarkan...

Annuar Musa Saran Menteri...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob adalah layak untuk menerajui...

Pusat Media SUKMA Ke-18...

KUCHING - Pusat Media Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 dibuka di Pusat Akuatik, Jalan...

Empat Anggota ‘Kumpulan Bell’ Berjaya Diberkas

IPOH – Empat anggota ‘Kumpulan Bell’ yang aktif melakukan jenayah samun di beberapa negeri berjaya ditangkap pada 27 Dis lalu, kata pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata semua suspek lelaki berumur antara 20 tahun hingga 30 tahun ditangkap selepas menyamun seorang wanita di Parit Buntar, kira-kira 125 kilometer dari sini, kira-kira pukul 10 pagi.

“Suami mangsa yang menyedari kejadian samun di perkarangan rumah mereka mengejar semua suspek yang melarikan diri sebelum berlaku perlanggaran antara kereta suami mangsa dengan tiga motosikal digunakan penjenayah.

“Beberapa anggota polis yang meronda kawasan berdekatan mengejar dan menangkap penjenayah itu dengan bantuan orang awam di kawasan berdekatan, manakala tiga lagi melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasnan berkata semua suspek yang ditangkap mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah

Katanya dua daripada yang melarikan diri dikenali sebagai Zairy Huzaimy Md Akhir atau Bell, 30, dan Mohd Fairus Hassan, 31, yang kedua-duanya berasal dari Kepong, Kuala Lumpur.

Menurut Hasnan pihaknya percaya kumpulan itu yang diketuai Bell mempunyai tujuh hingga lapan anggota lelaki dan aktif melakukan samun menggunakan motosikal curi terhadap mana-mana mangsa yang baru keluar dari rumah.


“Mangsa akan dicederakan sekiranya melawan sebelum merampas barangan berharga yang ada pada mangsa seperti barang kemas, jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai,” katanya.

Hasnan berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kes tetak bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maju Perak Holdings Bhd bergelar ‘Datuk’ di halaman rumahnya di Meru Heights 22 Dis lepas.

Hasnan berkata Kumpulan Bell telah melakukan lapan kes samun di Negeri Sembilan; Perak (enam); Kedah (lima); Melaka (empat) dan Selangor (tiga).

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat dan membantu polis menumpaskan penjenayah yang aktif dan berbahaya ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori