Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

60,000 Pegawai Polis Selesai...

KAJANG - Seramai 60,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menjalani...

Annuar Musa Mahu Pertahan...

KUALA LUMPUR - "Saya sedar saya bukan yang terbaik untuk memimpin Persatuan Bola...

Pelabur Asing Beli RM350...

KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing membeli sebanyak RM350 juta dana tempatan pada minggu...

Pembunuh Tinggal Serpihan Pedang

KAJANG - Seorang peniaga pasar malam ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala,...

Enggan Ulas Rancangan, Tunggu Habis Berkabung

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak yang baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang amat menghormati Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, memilih untuk mengulas mengenai rancangan dan dasarnya selepas berakhirnya tempoh berkabung bagi bekas ketua menteri itu.

Ketika ditemui media selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri keenam di Astana, kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak di sini, hari ini, beliau keberatan mengulas mengenai perkara itu.

“Kita masih berkabung untuk Allahyarham Tan Sri Adenan. Saya akan keluarkan kenyataan dan bertemu media selepas berakhirnya tempoh (tujuh hari) berkabung.

“Namun, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan rakan-rakan dari Barisan Nasional atas keyakinan mereka terhadap saya untuk memimpin negeri ini,” katanya.

Abang Johari juga enggan menyatakan bila beliau akan mengumumkan senarai kabinetnya.

“Buat masa ini, dan sekali lagi kerana menghormati Allahyarham Adenan, status quo itu kekal,” katanya.


Allahyarham Adenan, yang menyandang jawatan ketua menteri hampir tiga tahun, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan, dekat sini pada Rabu.

Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari sehingga Selasa depan. – BERNAMA

Kategori