Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Tak Kisah Orang Cakap...

PENGLIBATAN pelakon Ungku Hariz yang juga suami kepada Jihan Muse dalam industri seni...

Kasih Guru, Berkejar Jemput...

SEKEPING gambar ini mampu menceritakan segala-galanya, bagaimana kasihnya seorang guru kepada anak muridnya,...

Pesawat Rempuh Pangsapuri, Juruterbang...

LONDON – Seorang juruterbang bernasib baik apabila sempat menyelamatkan diri sebelum pesawat ringan...

Hoki Sumbang Emas Kedua...

KUALA LUMPUR - Kontinjen negara di Sukan Olimpik Remaja (YOG) memberi perkhabaran gembira...

Fasa Keempat Banjir Di Terengganu Tamat Hari Ini – APM

KUALA TERENGGANU – Fasa keempat bencana banjir di Terengganu tamat hari ini dan pusat pemindahan terakhir di daerah Setiu ditutup pagi tadi.

Ketua Sektreteriat Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata walaupun demikian, pihaknya masih berada dalam keadaan siapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Mengikut ramalan pihak meteorologi, keadaan cuaca adalah dalam amaran jingga terutama di daerah Kemaman, esok.

“Bilik gerakan bencana banjir negeri Terengganu sentiasa bersiap siaga di lapan daerah dan menjangkakan keadaan angin kuat masih berlaku antara 40 hingga 50 kilometer sejam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada pukul 9.45 pagi tadi pusat pemindahan terakhir iaitu di daerah Setiu yang menempatkan 54 mangsa daripada sembilan keluarga telah ditutup.

Berdasarkan rekod yang disediakan sekreteriat tersebut, sepanjang bencana banjir yang bermula 20 Jan lepas, daerah pertama yang terjejas ialah Besut dan keesokkannya diikuti daerah Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman hingga melibatkan 4,293 mangsa terpaksa dipindahkan.


Sehingga 24 Jan, jumlah tertinggi mangsa dicatatkan ialah 6,676 orang sebelum ia semakin berkurangan selepas tempoh itu.

Sementara itu, pada fasa pertama banjir yang berlaku pada 29 Nov hingga 1 Dis lepas, jumlah mangsa terlibat ialah 521 orang di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu manakala pada fasa kedua (26 hingga 28 Disember lepas) melibatkan 114 mangsa di daerah Kemaman sahaja.

Fasa ketiga yang bermula 31 Dis hingga 9 Jan lepas merupakan fasa yang agak kritikal apabila 21,218 orang terpaksa dipindahkan melibatkan lapan daerah di Terengganu.

Hulu Terengganu mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu 6,645 orang diikuti Besut seramai 6,304 orang. – BERNAMA

Kategori