Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jururawat Mengaku Bunuh 8...

ONTARIO - Seorang jururawat di Kanada, mengaku bersalah membunuh lapan pesakit warga emas...

Gesa Tindakan Tegas Terhadap...

KUANTAN - Pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas terhadap pemilik premis perniagaan yang...

Punca Kuasa Penubuhan, Tadbir...

KUALA LUMPUR : Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan masih penting kerana...

JPN Kelantan Sedia 15...

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menetapkan 15 pusat peperiksaan...

Fenomena La Nina Lemah, Tiada Kesan Ketara Kepada Negara

KUALA LUMPUR – Fenomena La Nina yang lemah, yang bermula sejak November lepas dan akan berterusan sehingga Mac depan, dijangka tidak memberi kesan ketara kepada cuaca negara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail berkata hanya beberapa kawasan di Sabah dan Semenanjung dijangka menerima peningkatan 20 hingga 40 peratus daripada purata jumlah taburan hujan jangka panjang pada Januari dan Mac.

“Pada bulan ini, kawasan Pantai Barat Sabah akan menerima jumlah taburan hujan antara 160 hingga 190mm, sementara Kudat sebanyak 440 hingga 520mm,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pada Mac nanti, Perlis dijangka menerima taburan hujan antara 160 hingga 190mm, Selangor (300-350mm), Kuala Lumpur (340-400mm), Pulau Pinang (180-210mm), Putrajaya (180-220mm), Kedah: Tanah Besar(160-200mm) dan Langkawi (140-180mm) serta beberapa kawasan di Perak.

Che Gayah berkata tinjauan cuaca itu berdasarkan konsesus ahli meteorologi melalui penganalisisan beberapa model tinjauan iklim terpilih


Beliau berkata beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong akan menerima pengurangan 20 hingga 40 peratus daripada purata jumlah taburan hujan jangka panjang.

“Kawasan lain di seluruh negara pula dijangka menerima taburan hujan pada pengkelasan normal.

“MetMalaysia akan terus memantau perkembangan cuaca secara berterusan dari semasa ke semasa dan sebarang perkembangan ketara akan dikemas kini,” katannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori