Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kes Acu Pistol, Konsert...

PENYANYI Chris Brown dilarang memasuki Tokyo susulan rekod dakwaan jenayah yang dilakukan olehnya,...

JPJ Akan Terus Sita...

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas menyita 'kenderaan...

JPAM Dipindahkan Dari KDN...

PUTRAJAYA - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kini diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan...

Beri PH Ruang, Masa...

KUALA LUMPUR - "Beri kami ruang dan masa untuk tunaikan janji," kata Timbalan...

Festival Babi Ditukar Nama Selepas Dibantah Penduduk

JAKARTA – Festival daging babi tahunan yang diadakan bersempena menyambut hari Imlek atau Tahun Baharu Cina di Semarang, Jawa Tengah terpaksa diubah nama gara-gara namanya sendiri.

Menurut akhbar berpengaruh tempatan KOMPAS, acara yang pada tahun lalu dinamakan sebagai Pork Festival itu terpaksa ditukar namanya menjadi Festival Kuliner Imlek kerana bimbang boleh mencetuskan insiden kekacauan.

Ketua Komuniti Kuliner Semarang, Firdaus Adinegoro ketika dihubungi menyatakan, festival dengan bahan utama ialah haiwan najis mughallazah itu tetap diadakan sempena dengan perayaan Imlek oleh etnik minoriti Tionghua.

Perubahan nama dilakukan kerana sebelumnya ditentang keras oleh penduduk Muslim dan sebuah organisasi Islam tempatan tetapi setelah dikaji pihak polis, satu kesepakatan dicapai untuk tetap melangsungkan keramaian tersebut.

“Festival babi ini tetap kami adakan seperti biasa, namun diganti dengan nama Festival Kuliner Imlek. Acara ini telah dibuka kepada awam sejak semalam hingga Ahad depan,” kata Firdaus ketika ditemui KOMPAS pada Selasa.

pork-fest

Berdasarkan pemantauan pihak media tempatan, festival kuliner itu berlangsung meriah dengan ramai pengunjung Cina hadir membanjiri tempat parkir awam Mall Sri Ratu Semarang, kira-kira 462 kilometer dari ibu kota Jakarta.


Bagaimanapun acara tersebut diadakan dengan kawalan ketat ramai anggota polis Kota Semarang lengkap senjata berat untuk menjaga keselamatan di sekitar lokasi itu daripada diserang kumpulan pelampau agama tertentu.

Polis juga ditempatkan dalam kawasan berkenaan kerana bimbang ada pengganas yang mungkin sedia menyamar menjadi pengunjung cuba membuat kekacauan atau meletupkan bom buatan dengan membunuh diri sendiri.

Mengulas lanjut Firdaus menjelaskan, anggota polis tempatan memang berjaga di kawasan lokasi kerana ia hasil perbincangan dengan pihak berkuasa setelah wakil penduduk tetap berkeras membantah festival babi tersebut.

“Betul, pihak polis menjamin keselamatan,” ujarnya. Festival Kuliner Imlek tetap menyajikan daging babi sebagai menu utama tetapi di luar lokasi, ada makanan selain daging tersebut yang dijual. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori