Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 3 Suspek...

SHAH ALAM - Polis menahan tiga suspek dalam 12 kes penipuan pembelian telefon...

Pesawat British Airways Berpatah...

SEBUAH pesawat British Airways dilaporkan terpaksa berpatah balik gara-gara bau busuk yang kurang menyenangkan...

Siasat Kes 648 Guru...

AYER KEROH: Jabatan Pendidikan Melaka diarah menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di...

Antara Perkara Asas Pemakaian...

Bercadang untuk memakai pendakap gigi untuk kelihatan lebih berkeyakinan? Kami kongsikan beberapa perkara...

FIFA Puskas: Faiz Harumkan Nama Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah, itu selepas diumumkan selaku pemenang di majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi ini.

Baca: Faiz Dinobatkan Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016

“Tahniah Faiz Subri memenangi FIFA PUSKAS Award 2016. Alhamdulillah berkat usaha membuahkan hasil, harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya dalam catatan di laman Twitternya.

Jaringan menarik Mohd Faiz itu menerima undian sebanyak 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon – Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.

Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Feb tahun lepas.

Sementara itu, segenap lapisan masyarakat Malaysia tidak melepaskan peluang melalui media sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Mohd Faiz selepas pengumuman tersebut


Ia termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam akaun Twitternya, yang berkata tiada ucapan tahniah yang boleh menggambarkan kebanggaan negara terhadap pencapaian penyerang Pulau Pinang itu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dalam akaun Twitternya berkata: “Tahniah Faiz (Congratulation Faiz). We salute you (Kami tabik anda).”

Pengguna Twitter, @aiemiemyra berkata ia adalah berbaloi untuk menunggu di hadapan televisyen untuk mendengar ucapan daripada Mohd Faiz.

Seorang lagi pengguna Twitter, @jimmylajim berharap pencapaian Mohd Faiz itu dapat memberi inspirasi kepada ramai pemain bola sepak muda Malaysia untuk meraih pengiktirafan antarabangsa pada masa depan. – BERNAMA

Kategori