Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kes Dera: Kanak-Kanak Perempuan...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai didera kenalan...

Papagomo Mahu Lihat Syed...

Papagomo yang kini menggunakan profile handle Sir Azri di media sosialnya tidak dapat melupakan apa yang didakwa laporan palsu Syed Saddiq pada tahun lalu hingga menyebabkannya terpaksa bermalam di lokap.

KL2017: 4 Wakil Negara...

KUALA LUMPUR - Empat atlet Muay Thai negara membawa harapan untuk menambah kutipan...

Kereta Terjunam Dalam Parit

Sabak Bernam - Tiga beranak nyaris maut selepas kereta yang dinaiki terbabas ke...

Futsal AFF 2016: Malaysia Di Tempat Ketiga

BANGKOK – Malaysia mengakhiri saingan Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016 di tempat ketiga selepas membelasah Timor Leste 8-1 di Stadium Tertutup Huamark di sini, hari ini.

Pada perlawanan penentuan tempat, Timor Leste memberi kejutan seawal minit pertama menerusi jaringan Jose Lopes Vide.

Tersentak dengan jaringan awal itu, pasukan bimbingan ketua jurulatih Chiew Chun Yong, memperkemaskan permainan dan berjaya memperolehi gol penyamaan empat minit kemudian menerusi Muhammad Azri Rahman.

Menerusi gerakan menarik daripada bahagian pertahanan, skuad Harimau Malaya berjaya mendapatkan jaringan kedua menerusi Abu Haniffa Hassan kira-kira tiga minit lagi sebelum tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, Malaysia memperhebatkan serangan terhadap kubu pertahanan pasukan lawan dan memperolehi gol ketiga negara seminit selepas permainan disambung semula menerusi Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin.

Skuad negara meneruskan rentak serangannya dan memperolehi gol keempat yang dijaringkan oleh Mohd Ridzwan Bakri pada minit ke-28 dan gol kelima oleh pemain tinggi lampai, Mohammad Awaluddin Mat Nawi, seminit kemudian.


Pasukan negara terus menambah jaringan pada minit-minit ke-35 dan 36 untuk mendahului Timor Leste 7-1, apabila pemain-pemain pasukan lawan mulai letih dan mudah kehilangan kawalan bola.

Hanya beberapa saat sebelum permainan penentuan tempat ketiga itu tamat, negara memperolehi gol terakhirnya menerusi Mohd Azwan Ismail.

Final akan menemukan pasukan tuan rumah, Thailand dengan Myanmar.

Kejohanan Futsal AFF 2016 sepatutnya berlangsung Disember lepas, tetapi ditangguhkan sebagai menghormati kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej. – BERNAMA

Kategori