Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

40 ADUN Pulau Pinang...

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat...

PRU15: GTA Temerloh Mula...

TEMERLOH – Berbaki enam hari penamaan calon menyaksikan pergeseran mula berlaku dalam parti...

Lelaki Ditembak Cuba Serang...

SHAH ALAM - Seorang lelaki cedera di peha kanan selepas ditembak polis berikutan...

Penguatkuasa MPSP Ditahan Jual...

BUKIT MERTAJAM - Seorang penguatkuasa Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) ditahan kerana disyaki...

Gadis Ini Hasilkan Karya Seni Guna Mi Segera

SIAPA menyangka mi segera yang menjadi antara hidangan popular di kalangan masyarakat dunia sebenarnya boleh dijadikan sebagai salah satu daripada karya seni yang menarik.

Ini dibuktikan oleh seorang gadis Indonesia berusia 23 tahun, Cynthia Delaney Suwito apabila berjaya menghasilkan satu karya seni dengan mengait mi segera sahaja.

Memetik Channel News Asia, karya Suwito yang berjudul Knitting Noodle (Mengait Mi) itu dipersembahkan di Untapped Discovery, iaitu satu pameran yang menonjolkan bakat seni muda yang dianjurkan Persatuan Pembangunan Seni Visual Singapura yang berlangsung baru-baru ini.

“Saya sudah mengait mi segera sejak lewat tahun 2014,” katanya yang baharu tamat pengajian dalam jurusan seni halus di Kolej Seni LaSalle Singapura.

“Saya melakukannya kerana saya ingin menunjukkan perbezaan masa. Contohnya, bagaimana saya melakukan sesuatu yang amat perlahan kepada sesuatu yang bersifat ‘segera’ seperti mi segera. Dengan melakukan sedemikian saya menjadikan proses mengait lebih perlahan daripada yang sepatutnya.


“Tujuannya supaya orang ramai memperlahankan rentak kehidupan mereka dan berehat seketika daripada dunia kita yang bergerak pantas,” ujarnya lanjut mengenai falsafah seni yang ingin diketengahkannya itu.

Suwito hanya menggunakan mi segera dari dua jenama ini sahaja iaitu Indomie dan Nongshim memandangkan ia mempunyai kelebaran mi yang sesuai untuk dikait. – MYNEWSHUB.CC

Kategori