Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lans Koperal Didakwa Lakukan...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

Malaysia Perlu Pasukan Kepimpinan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memerlukan...

Polis Tahan 44 Anggota...

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan 44 anggota sindiket African Scam dalam beberapa...

Jamin Kuasa Politik Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP memberi jaminan Perdana Menteri Malaysia akan tetap dipilih daripada...

Gambar Awek Cun Masak Asam Pedas Jadi Tular

KECOH di media sosial mengenai kecantikan seorang wanita yang menjadi tukang masak di sebuah kedai makan yang menyediakan masakan ala kampung di Johor Bahru.

Wanita yang dikenali sebagai Razlinda Rohaizad itu menjadi bualan hangat netizen kerana kepakarannya memasak asam pedas sehingga kedai makanan tersebut mendapat perhatian.

Menerusi perkongsian Facebook, Saya Orang Johor telah memuat naik dua keping gambar Razlinda dan makanan yang disediakan di kedai berkenaan yang terletak di Jalan Kemboja, Kampung Dato Sulaiman Menteri.

Gambar Awek Cun Masak Asam Pedas Jadi Tular

Nyata, perkongsian gambar wanita yang memiliki rupa paras yang cantik itu di laman sosial memberikan impak kepada peniagaan dan semakin dikenali.

Media tempatan melaporkan, pemilik kedai makanan itu yang dikenali sebagai Dapur Kak Poo, Faizal Musa Kuti, 32 berkata, perkongsian gambar rakannya itu bukan berniat untuk ‘menjual’ paras rupa Razlinda.


Menurutnya, mereka mendapatkan khidmat Razlinda kerana masakan asam pedasnya memang enak dan semenjak gambar rakannya itu menjadi tular di media sosial, ramai pelanggan yang datang untuk mencuba masakan itu dan melihatnya memasak.

“Ramai yang datang mencuba masakan asam pedam tetapi tiada seorang pun mengganggunya,” katanya.

Difahamkan, Razlinda yang masih bujang buat masa ini sedang berusaha untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori