Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sirul Azhar Pernah Dapat...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas anggota Unit...

Krisis Rusia-Ukraine: Tentera Putin...

KIEV: Tentera Rusia terus mara ke ibu negara Ukraine pada Sabtu, selepas penduduk...

Warga Australia Kapal Layar...

KUCHING - Seorang warga Australia yang kapal layarnya terdampar di perairan cetek kira-kira...

Kira-Kira RM70,000 Lesap Mesin...

KOTA KINABALU - Sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) milik sebuah bank di Membakut,...

Gempar… ‘Tetamu’ Pecah Masuk Asrama Unimas

SUASANA cemas bercampur huru-hara melanda penghuni asrama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Taman Desa Ilmu, Samarahan, apabila seekor buaya sepanjang tujuh kaki dilihat melintasi jalan di kawasan kediaman penuntut itu, malam tadi.

Kelibat sang bedal itu hanya disedari oleh beberapa penuntut yang secara kebetulan melalui jalan berkenaan kira-kira jam 10 malam tadi.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dihubungi ke lokasi kejadian.

Pun begitu, tiada penangkapan dibuat kerana usaha menemui buaya itu gagal.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, buaya itu berkemungkinan dipercayai sudah masuk ke parit.


“Bagaimanapun ketika anggota bomba tiba di lokasi, buaya berkenaan gagal ditemui kerana dipercayai sudah masuk semula ke dalam parit berdekatan kediaman pelajar itu dan bersembunyi di kawasan semak berhampiran.

“Bagaimanapun, kes itu sudah dilaporkan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan lanjut termasuk memburu buaya berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya kepada BH Online.

Video ‘tetamu tidak diundang’ ini pecah masuk ke kawasan asrama Unimas turut menjadi tular menerusi media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori