Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

BN Kesal DUN Tolak...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi...

GAMBAR: Romantis Ashraf Sinclair...

KALAU ada anugerah pasangan selebriti yang berstatus suami isteri paling romantis di rantau...

SPRM P.Pinang Terima Aduan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menerima...

Jerebu: Ketampakan Rendah Kurang...

KUALA LUMPUR - Ketampakan rendah kurang dari lima kilometer di sekitar perairan Kedah,...

Gugur Kes Kren Tumbang Makkah

MAHKAMAH Arab Saudi pada Khamis menggugurkan kes terhadap 13 tertuduh yang dibicarakan berhubung kejadian kren tumbang di Makkah pada 2015 yang mengorbankan 111 jemaah.

Mahkamah Jenayah Makkah memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa bagi membuat keputusan kes tersebut yang mula dibicara Ogos lalu.

Empat belas individu pada mulanya didakwa dan Mahkamah tidak memberi penjelasan bagi pencanggahan jumlah tertuduh manakala tidak jelas jika keputusan itu adalah bab terakhir tindakan undang-undang bagi kejadian itu.

Menurut akhbar tempatan, enam warga Arab Saudi termasuk seorang bilionair, dua warga Pakistan dan masing-masing seorang warga Kanada, Jordan, Palestin, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Filipina didakwa.


Nama tertuduh tidak didedahkan kepada umum.

Difahamkan, kesemua tertuduh pekerja syarikat Arab Saudi, Binladin Group yang mengendalikan kren tebabit. – AP/myMetro Online

Kategori