Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

AS Beri Amaran Kepada...

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kelmarin bahawa ia akan mengenakan lebih...

Guru Agama Ingatkan Masyarakat...

KANGAR - Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta para...

LKIM Saran Beli Ikan...

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggalakkan para pengguna di negara...

KKLW Optimis Bina 3,000...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) optimis dapat melaksanakan...

Hampir 2.5 Juta Tonton Video Jaringan Faiz Subri Di YouTube

KUALA LUMPUR – Hanya berbaki kira-kira sebelas jam sebelum keputusan Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 diumumkan, video jaringan ajaib Mohd Faiz Subri terus mendapat perhatian dengan merekodkan hampir 2.5 juta tontonan di laman YouTube.

Setakat 1.30 tengah hari ini, video tersebut yang pertama kali dimuat naik oleh FIFATV pada 21 November tahun lepas ditonton 2,404,506 pelayar dari seluruh dunia.

Jumlah penonton jaringan gol Mohd Faiz itu jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Video aksi Marlone ketika menjaringkan gol melalui sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, di tempat kedua dengan jumlah tontonan 1,515,215 kali.

Aksi memukau Daniuska menggelecek tiga pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun di tempat ketiga dengan jumlah tontonan 1,173,508.

Peminat bola sepak masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman sesawang rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Puskas FIFA di Zurich, Switzerland pada jam 6.30 petang Isnin waktu tempatan (1.30 pagi Selasa waktu Malaysia).


Anugerah Puskas dinamakan bersempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia termasuk Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. – BERNAMA

Kategori