SHAH ALAM – Situasi banjir di Selangor semakin pulih apabila hanya 77 mangsa masih berada tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabak Bernam berbanding 92 orang pagi tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Daerah Sabak Bernam, 13 mangsa daripada empat keluarga masih berlindung Dewan Sri Bernam, Sungai Besar dan 35 mangsa merangkumi 13 keluarga ditempatkan di Dewan Parit Baru, Sungai Air Tawar.
Jumlah mangsa di Dewan Seri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar kekal 29 orang daripada lapan keluarga. – BERNAMA