Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Syukur Tabung Haji Umum...

PUTRAJAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit,...

PH Belum Muktamad Pembahagian...

MUAR - Pakatan harapan masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum...

Lari Dari Rumah, 10...

BEIJING - Sepuluh tahun selepas melarikan diri dari rumah, seorang wanita berusia 24...

Sultan Pahang Bertemu Raja...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengadakan pertemuan...

Hawar Daun Bakteria: RM3.7j Bantu Pesawah Selangor

SUNGAI BESAR – Kerajaan menyalurkan dana tambahan RM3.7 juta bagi membantu pesawah di Barat Laut Selangor yang tanaman terjejas akibat serangan penyakit Hawar Daun Bakteria sejak dua bulan lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata serangan penyakit tanaman padi itu telah merosakkan kira-kira 7,700 hektar sawah yang diusahakan 3,000 pesawah di kawasan berkenaan.

Beliau berkata penyaluran dana itu adalah bagi membeli baja, racun serta benih padi dan akan diagihkan dalam masa terdekat memandangkan musim tanaman padi seterusnya dijangka April ini.

“Sebagai rekod untuk tahun lepas, pesawah di daerah Barat Laut Selangor menerima bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM110 juta.

“Tahun ini, kerajaan menambah bantuan RM3.7 juta lagi bagi meringankan beban pesawah,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan tanaman padi yang terjejas, di sini hari ini.


Berikutan itu katanya, MARDI kini giat melakukan kajian bagi mengenalpasti punca penyakit berkenaan menyerang jenis tanaman terbabit.

“Kajian itu juga akan mencari benih padi baharu yang tahan penyakit serta racun yang sesuai digunakan bagi membanteras dan memastikan serangan penyakit ini tidak berulang,” katanya. – BERNAMA

Kategori