Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tingkat Risikan Perangi Penjenayah...

LAHAD DATU - Perisikan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu...

Syed Saddiq Sekali Lagi...

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali lagi...

Pahang Tak Pernah Lulus...

KUANTAN - Kerajaan Pahang hari ini menafikan dakwaan bahawa ribuan hektar tanah di...

Najib Razak Terbuka Terima...

MEMIKUL tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bukanlah semudah yang disangka, namun Datuk Seri Najib...

Hilang Imbangan Badan, Warga Emas Jatuh Eskalator

GARA-GARA hilang keseimbangan badan, empat warga emas jatuh tergolek atas eskalator di sebuah stesen kereta api bawah tanah di China.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, kejadian lucu itu berlaku di Stesen Lumu, bandar Suzhou, wilayah Jiangsu timur negara tersebut.

Difahamkan, kempat-empat warga emas yang tidak didedahkan identitinya itu baru sahaja keluar dari stesen tersebut dan memilih untuk menggunakan eskalator berbanding lif yang telah disediakan di stesen berkenaan.

Menerusi rakaman kamera pengawasan (CCTV) yang terdapat di stesen berkenaan yang dipaparkan dengan kaedah gerak perlahan (slow motion) memaparkan dua pasang warga emas itu terkial-kial di atas eskalator tersebut.

Hilang Imbangan Badan, Warga Emas Jatuh Eskalator

Salah seorang wanita dari dua pasang warga emas itu hilang keseimbangan badan dan terjatuh menyebabkan tiga yang lain turut sama tergolek apabila cuba untuk mengangkatnya.

Tambah malang lagi buat mereka apabila eskalator tersebut tidak berhenti dan masing-masing bergelut untuk bangun dari tangga tersebut beberapa kali.


Nasib mereka baik apabila dua orang pekerja penyelenggaraan berada berdekatan sedang membaiki peralatan pengawasan bergegas ke arah mereka untuk menekan butang berhenti kecemasan.

Beberapa paramedik yang bertugas memeriksa kesemua warga emas itu dan mendapati mereka hanya mengalami calar kecil sahaja.

Manakala pekerja stesen berkenaan memberi peringatan kepada setiap warga emas supaya menggunakan lif sekiranya membawa bagasi berat.

Namun sekiranya ingin juga menggunakan eskalator pastikan memegang pada susur tangan (handrails) untuk mencegah daripada terjatuh atau tergelincir. – MYNEWSHUB.CC

Kategori