Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Herman Tino Mengaku Tumpang...

PETALING JAYA - Penyanyi era 1980-an, Herman Tino tidak berkecil hati apabila ada...

TPM Puji Kecekapan JKN,...

BEAUFORT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji kecekapan Jawatankuasa...

Aduh… Tak Serik, ‘IPOH’...

KERANA ingin meraih populariti segera, seorang lagi remaja dikesan memanjat papan tanda gergasi 'IPOH'...

57 Maut, Lori Tangki...

KARACHI - Sekurang-kurangnya 57 orang maut apabila sebuah lori tangki membawa minyak yang...

HKL Nafi Hidang Roti Berkulat Kepada Pesakit

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan ia menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan seperti yang ditularkan di laman sosial, Ahad lepas.

HKL, dalam kenyataan hari ini, berkata gambar pesakit sedang memegang roti yang berkulat dalam Facebook itu adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, sebaik menerima aduan daripada waris pesakit bahawa roti tersebut berkulat, pihak wad terus membuat pemeriksaan dan didapati roti berkenaan masih tidak luput tarikhnya, masih berbungkus dan tidak berkulat.

“Penjelasan lanjut telahpun diberikan kepada pihak waris bahawa tompokan kuning pada roti adalah ibu roti (yis) yang tidak diadun rata bancuhannya.

“Pesakit juga telah diberikan roti lain sebagai hidangan menggantikan roti tersebut,” menurut kenyataan itu.


HKL menjelaskan bahawa pihak hospital telah mengarah Jabatan Dietetik dan Sajian HKL untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan insiden tersebut termasuk membuat pemeriksaan bekalan roti di wad dan juga stok roti di jabatan berkenaan. – BERNAMA

Kategori