Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Selamba Je Buang...

JANGAN pelik dan jangan ditanya kenapa banyak sungai-sungai terutamanya di Kuala Lumpur sangat...

30 Pelajar UniSZA Ikuti...

KUALA NERUS - Seramai 30 pelajar program Ijazah Sarjana Muda Universiti Sultan Zainal...

Dipenjara 18 Tahun Sebabkan...

SHAH ALAM - "Kamu terlalu mengikut perasaan apabila memukul anak berusia 10 bulan...

RM2.1 Juta Kutipan Saman...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan kutipan saman bernilai RM2.1 juta...

Hong Kong Pulangkan Kereta Perisai Singapura

SINGAPURA – Pihak berkuasa Hong Kong semalam memberitahu, pihaknya memulangkan sembilan kereta perisai milik Singapura yang dirampas ketika dalam perjalanan pulang daripada latihan ketenteraan di Taiwan.

Selepas kenderaan perisai itu dirampas pada November lalu, China memberi amaran kepada mana-mana negara supaya tidak menjalinkan hubungan ketenteraan dengan Taiwan yang dianggap sebagai wilayahnya.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menulis surat kepada Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying memohon kereta perisai itu dipulangkan.

Kerajaan Hong Kong memberitahu, isu itu akan ditangani mengikut undang-undang di wilayah berkenaan.

Rampasan itu menunjukkan hubungan tegang antara China dan Singapura yang mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat dengan Amerika Syarikat (AS).

Hubungan China dengan beberapa negara sekutu AS di rantau Asia Tenggara juga tegang susulan tuntutan Beijing di Laut China Selatan.


Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan memberitahu, pihak berkuasa Hong Kong melepaskan kereta perisai dan peralatan ketenteraan lain kepada Singapura.

Bagaimanapun, ia tidak memberitahu bilakah peralatan berkenaan kembali ke negara itu.

“Ini adalah satu keputusan yang positif. Lee mengucapkan terima kasih kepada Leung atas kerjasama Hong Kong itu,” kata kenyataan itu. – Reuters/myMetro Online

Kategori