Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Malaysia Terus Main Peranan...

Malaysia akan terus memainkan peranan utamanya dalam rundingan damai di Selatah Thailand berdasarkan...

STING Tahan 11 Individu,...

KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya...

Ismail Sabri Menghadap Yang...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima...

Kerajaan Akan Kaji Undang-Undang...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan bagi membantu golongan...

HUSM Terima Van Mesra OKU Untuk Mudahkan Pesakit

KOTA BHARU – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian hari ini menerima sebuah van mesra orang kelainan upaya (OKU) untuk memudahkan pesakit miskin dan OKU berulang-alik secara percuma semasa mendapatkan rawatan di hospital itu.

Van bernilai RM152,000 itu adalah sumbangan kerajaan Kelantan bagi mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung pesakit miskin termasuk OKU ketika mendapatkan rawatan di HUSM.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata van tersebut diubah suai seiring dengan keperluan pesakit yang uzur dan kurang upaya.

“Kita dapat tahu sebelum ini ada pesakit terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambang sehingga RM70 untuk sekali datang ke hospital dan itu sudah pasti membebankan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan van tersebut kepada HUSM di sini.


Sementara itu, Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Dr Ahmad Sukari Halim berkata sumbangan van tersebut amat bermakna khususnya kepada pesakit yang benar-benar tidak berkemampuan.

“Ada ribuan pesakit yang memerlukan rawatan setiap hari dan dengan adanya van seumpama ini sudah pasti dapat membantu golongan sasar,” katanya. – BERNAMA

Kategori