Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Perlu Teruskan...

IPOH - Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan Malaysia dan Korea...

Zawawi Lepas Jawatan Pengerusi...

PASIR PUTEH - Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman secara rasminya melepaskan...

27 Gempa Bumi Di...

MEDAN : Pusat Gempa Bumi Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Medan merekodkan...

Penghantar Barang Didakwa Menyamar...

TAIPING - Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Ibu 2 Anak Ditangkap Khalwat Dengan Pemandu Bas

MELAKA – Seorang ibu dua anak ditangkap khalwat bersama seorang pemandu bas ekspres di sebuah bilik hotel.

Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan wanita berusia 41 tahun yang masih berkahwin itu bersama pemandu bas berusia 53 tahun, dalam satu operasi, awal pagi Isnin.

Ibu yang mempunyai anak berusia lapan dan 11 tahun itu mendakwa dia berdepan masalah rumah tangga dan berkongsi kesedihan itu dengan pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasaan Jaim, Noraminuddin Azis berkata, pihaknya tidak termakan dengan alasan wanita itu dan akan mendakwa pasangan terbabit kerana berkhalwat.

“Kita akan buka kertas siasatan ke atas mereka,” katanya.


Noraminuddin berkata, tujuh pasangan ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh 15 pegawai Jaim. – mStar Online

Kategori