Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rombakan Kabinet Jepun &...

TOKYO - Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijadual mengadakan rombakan Kabinet dan barisan kepemimpinan Parti Liberal...

Cub Prix: Mohd Zaqhwan...

MOHD Zaqhwan Zaidi merancang strategi selamat untuk menghadapi perlumbaan akhir sekalipun berjaya mencatat...

Projek ECRL Beri Manfaat...

KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar tiga negeri di Pantai Timur diunjurkan...

Larangan Pekerja Hotel Bertudung...

PUTRAJAYA – Tindakan melarang pekerja wanita Islam bertudung bertugas di bahagian hadapan sektor...

Ibu Cuai, Anak Nyaris Maut Jatuh Basikal Elektrik

SEORANG anak kecil nyaris maut apabila terjatuh atas jalan raya dari sebuah basikal elektrik yang dikayuh ibunya di sebuah bandar di China, dua hari sebelum menjelang tahun baharu 2017.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan mangsa yang diletakkan secara membelakangi ibunya itu dalam keadaan mengantuk sebelum tiba-tiba terlentok lalu terjatuh dari basikal.

Insiden tersebut berjaya dirakam kamera dashcam milik sebuah kenderaan yang berada di belakang mangsa.

Menerusi video yang dikongsi oleh Youku.com, si kecil itu memakai pakaian ala Santa berwarna merah ‘membonceng’ sebuah basikal elektrik bersama ibunya.

Si ibu yang tidak menyedari insiden yang menimpa anaknya itu dilihat bergerak beberapa meter ke hadapan sebelum menyedarinya lalu bergegas mendapatkan anaknya itu.

Ibu Cuai, Anak Nyaris Maut Jatuh Basikal Elektrik

Ibu Cuai, Anak Nyaris Maut Jatuh Basikal Elektrik


Nasib anak kecil itu baik apabila kereta yang berada di belakang mereka sempat diberhentikan oleh pemandunya dari menggilis kanak-kanak itu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami oleh si kecil itu kerana portal tersebut tidak menyatakannya.

Menurut undang-undang jalan raya di negra China, basikal elektrik tanpa kayuh yang bergerak kurang dari 20 kilometer per jam (12.4 mph) dianggap bukan kenderaan kendalian bermotor dan tidak memerlukan lesen untuk menggunakannya.

Namun disebabkan banyak kes kemalangan yang melibatkan basikal elektrik, pihak berkuasa negara itu telah menetapkan undang-undang baharu bagi mengekang insiden seumpama itu dari berlaku. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori