Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sakit Macam Nak Mati,...

BEBERAPA hari lalu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital gara-gara...

706 Notis Saman Sepanjang...

Ipoh : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 706 notis saman membabitkan pelbagai...

Sultan Johor Keluarkan Zakat...

TRAK Mack 'custom' paling mahal telah diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum...

Lana Del Rey Batal...

PENYANYI Lana Del Rey menjadi artis terbaru dilanda kontroversi kerana berhasrat membuat persembahan...

Iklan Tahun Baharu Cina Malaysia Airlines Cukup Unik

KUALA LUMPUR – Saban tahun, pelbagai iklan komersial ditampilkan sempena perayaan tertentu oleh pihak korporat bagi memeriahkan sambutan dengan menyampaikan mesej secara kreatif.

Tidak ketinggalan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang sejak sekian lama terkenal sering memaparkan iklan unik dengan tema tertentu selain mempromosikan imej positif syarikat penerbangan kebangsaan berusia 70 tahun itu.

Terbaharu visual iklan ucapan Tahun Baharu Cina 2017 dari MAB, yang menampilkan rakyat Malaysia yang bukan kaum Cina mengucapkan selamat menyambut perayaan etnik Tionghua tersebut dalam bahasa Mandarin.

Bertemakan ‘A Truly Malaysia Greeting’ atau ucapan warga Malaysia sebenar, iklan berdurasi 1 minit 41 saat itu menjadi sebutan ramai netizen kerana tampil dengan pelbagai dialek yang menambat hati ramai penonton.

Video tersebut, yang dianggap sebagai “ungkapan sebenar Malaysia”, meskipun dimuat naik pada malam 25 Januari namun ia menerima lebih 750,000 tontonan dan dikongsi lebih 12,000 kali setakat sehingga tengah hari Jumaat.

Mesej yang ingin disampaikan pihak MAB melalui video disiarkan secara online itu ialah: “Kekayaan Malaysia bermula dengan rakyatnya. Alami ucapan Malaysia yang sebenar sempena Tahun Baharu Cina pada kali ini.”


Video tersebut turut menerima berpuluh-puluh komen positif daripada orang ramai yang amat tertarik dengan keunikan kepelbagaian kaum di negara ini mampu hidup harmoni tanpa menghadapi sebarang masalah besar.

Malah beberapa pengguna Facebook yang berbangsa Cina juga menarik perhatian bahawa individu yang dipaparkan dalam video tersebut memiliki penguasaan bahasa Mandarin dan dialek yang lebih baik daripada mereka sendiri.

Jom kita saksikan sejenak keunikan iklan komersial terbaharu MAB itu bersempena dengan perayaan tahun ayam jantan yang diraikan ratusan juta masyarakat Cina di seluruh dunia. Gong Xi Fa Chai! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori