Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Edar Kanabis, Penghantar Makanan...

JOHOR BAHRU: Seorang penghantar makanan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Jual Dara Untuk Selamatkan...

HANGZOU (China) - Seorang pelajar perempuan di sini cuba menjual dara kerana terlalu...

Krisis The Red Worriors...

KONTROVERSI sama ada Kelantan kekal beraksi dalam Liga M 2017 atau terpaksa menarik diri...

Despacito Versi Arab Sentuh...

JIKA lirik lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Justin Bieber dikecam kerana mengandungi mesej-mesej...

Insiden Bunga Api: Pegawai MPK Jadi Kambing Hitam?

KUALA LUMPUR – Seperti biasa kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin akan mencari jalan mudah untuk mengelak daripada dikecam rakyat jika timbul sesuatu ‘isu panas’ di negeri itu.

Terbaru, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan bertindak mengarahkan pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang ditugaskan pada Pesta Gegar Klang tahun 2016 bercuti hampir sebulan berikutan insiden letupan bunga api pada program itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah mendakwa, tindakan itu diambil kerana MPK kononnya tidak pernah meluluskan pertunjukan bunga api pada pesta tersebut.

“Pegawai MPK terlibat telah diberikan arahan untuk mengambil cuti mulai 3 Januari 2017 hingga 31 Januari 2017 sementara menunggu laporan penyiasatan.

“Kerajaan Selangor memandang serius insiden ini. Sebarang pegawai yang didapati berlaku cuai dan menyalahguna kuasa akan dikenakan tindakan disiplin atau undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohamed Azmin merupakan Menteri Besar Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala Hian Wah daripada parti DAP.

Media sebelum ini melaporkan Sambutan Tahun Baru 2017 di Klang bertukar tragedi apabila 14 pengunjung cedera terkena percikan bunga api yang meletup di kawasan tanah rata menyebabkan orang ramai lari lintang-pukang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori