Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kota Bharu, Bachok Paling...

KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan menerima peningkatan laporan melibatkan pembakaran...

Persatuan Dan NGO Babbitkan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu persatuan dan...

SPRM Akan Dedah Justifikasi...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia mendedahkan kepada mahkamah justifikasi pembekuan...

Lagi 13 VIP Diburu...

PUTRAJAYA - Nampak gayanya seperti sudah berjangkit pula apabila kes ini tiba-tiba menjadi...

“Jahatnya Kerajaan…” – PAN Dakwa Mangsa Bah Derita

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa ramai kanak-kanak kecil yang ditempatkan di pusat pemindahan di Segamat, Johor terputus bekalan susu akibat bencana banjir.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd. Ithnin mendakwa, kanak-kanak terbabit terpaksa menahan gigitan nyamuk di pusat pemindahan yang disediakan kerajaan untuk mangsa banjir.

“Dengan bekalan elektrik yang perlu dipotong (atas sebab keselamatan), keadaan yang amat tidak selesa ini menyebabkan raungan tangisan bayi-bayi di pusat pemindahan.

“Ibarat irama syahdu yang memilukan hati kita sebagai orang dewasa,” dakwanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Justeru, Shazni Munir meminta orang ramai agar turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Segamat melalui pihak PAN.

Menurutnya, PAN yang akan mendapatkan selimut, kelambu bayi, kipas tangan, susu formula bayi, air mineral dan bekalan makanan untuk mangsa banjir.

Beliau dalam pada itu mendakwa, penduduk Segamat konon sedang panik disebabkan banjir kerana ramai mereka terpaksa berpusu-pusu keluar mencari bekalan makanan.


“Biasanya bekalan sedia ada hanya cukup untuk tiga hari awal. Memasuki hari keempat hampir kesemua pasaraya-pasaraya dan kedai barangan runcit ditenggelami air.

“Segamat akan menjadi seperti pulau yang keputusan bekalan makanan dan air bersih,” dakwanya.

Dakwaan aneh beliau itu bagaimanapun bercanggah dengan realiti para kakitangan kerajaan termasuk polis, bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

Malah, kerajaan telah menyediakan rancangan yang rapi untuk menghadapi bencana banjir termasuk dalam aspek penempatan dan bantuan makanan serta minuman kepada mangsa terlibat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori