KELANA JAYA – Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tampil menawarkan diri bagi menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang teruk dilanda pelbagai masalah dalaman.
Beliau malah berhasrat hendak menggantikan Menteri Besar Selangor, Ā Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah bertindak meletakan jawatan sebagai Presiden FAS secara mengejut pada 30 Disember tahun lalu.
Jamal merangkap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar hadir ke perkarangan pejabat FAS dengan muka bercat merah kuning simbolik kepada warna rasmi pasukan Selangor atau dikenali sebagai The Red Giant.
Menurut Jamal, jika beliau dilantik mengetuai FAS, perkara pertama yang akan dilakukan adalah membawa skuad ‘Gergasi Merah’ ke peringkat lebih tinggi dan menjadikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai tanda aras.
āHari ini saya menyerahkan surat kepada FAS untuk menawarkan diri menjadi presiden FAS.
“Hasrat dan tujuan saya hadir untuk menawarkan diri membantu Kelab Bola Sepak Selangor ke arah lebih maju setanding dengan kelab lain terutama dengan pasukan JDT.
āKalau nak disebutkan, kelab JDT ini lebih maju ke depan, sekurang- kurangnya kami mampu bersaing dengan mereka,ā katanya kepada media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jamal turut berjanji akan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai FAS di samping menambah baik pengurusan serta meningkatkan semangat juang pemain bagi menghadapi musim ini.
āSaya memberi jaminan dalam waktu 14 hari setelah perbincangan diadakan dan saya dilantik, kita akan selesaikan semua permasalahan ini. Soal dana dan peruntukkan saya letakkan nombor dua.
“Masalah duit kalau kita letakkan di depan berapa banyak sekalipun wang kalau pengurusan tidak bagus ia tidak akan mendapatkan hasil yang baik.
āPaling mustahak bagaimana kita hendak meningkatkan semangat terhadap pemain supaya 2017 ini akan mencipta sejarah untuk Selangor,ā jelasnya.
Turut hadir mengiringi Jamal ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shohaimi Shahadan dan Datuk Ahmad Azhar.
Terdahulu, FAS digemparkan dengan berita peletakan jawatan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR setelah disandang selama dua tahun sejak 2014 menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Keputusan meninggalkan FAS dibuat Azmin berikutan kecewa dengan beberapa Exco FAS yang dikatakan tidak bersedia untuk membawa perubahan kepada pasukan itu di samping masih dengan budaya lama yang terlalu bergantung kepada pemberian subsidi. – MYNEWSHUB.CC