Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Warga Asing Mabuk, Cetus...

BEBERAPA keping gambar menunjukkan sekumpulan warga asing yang dipercayai mabuk dan cetuskan kekecohan...

Pasangan Suami Isteri, Kekasih...

KUALA PILAH - Polis menahan empat suspek termasuk dua wanita dipercayai terlibat dengan...

Harga Petrol RON97 RM2.38...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada...

Keputusan Tangguh Piala Malaysia...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengekalkan keputusan...

Jangan Terima Apa Sahaja Ulama Kata – Mohd. Asri

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak sewajarnya menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh golongan ulama berhubung sesuatu perkara.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, orang ramai mempunyai akal dan agama bukan untuk menyekat mereka daripada berfikir menggunakan akal.

“Jika hanya terima apa sahaja yang disebut oleh ulama, soalannya ulama mana? Ulama pun pelbagai aliran dan mazhab.

“Itu belum lagi kira yang pelbagai parti (politik),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membidas ceramah seorang tokoh agama yang menyeru orang ramai mematuhi hukum sesuatu perkara yang dinyatakan oleh ulama.

Penceramah agama itu berkata: “Lebih baik ambil sahaja hukum hakam yang telah disiapkan oleh ulama kerana orang awam walaupun `mengaji tinggi mana’ boleh bercelaru mengenai sesuatu hadis, dalil.


“Orang awam ikut apa yang haram, makruh, sunat dan sebagainya yang dinyatakan ulama kerana orang awam tak boleh mengesahkan sejauh mana nas atau dalil itu betul atau tidak dan bagaimana untuk menghurainya.”

Mohd. Asri seterusnya berkata, kenyataan penceramah agama itu hanya untuk menjadikan golongan agama sakral sehingga tidak dipersoalkan lagi kenyataan mereka.

“Lalu mereka boleh tuduh sesiapa yang mereka mahu ataupun mengambil kesempatan dunia dari siapa sahaja. Inikah versi Islam yang kita mahu?” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori