Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib Bertemu Rajinikanth Sempena...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpeluang bertemu secara langsung dengan bintang...

Keropok Udang Di Pasaran...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak mengesahkan keropok...

Tiga Warga Turki Terlibat...

KUALA LUMPUR - Tiga warga Turki yang disyaki terbabit dalam kumpulan Fetullah Terrorist...

BAM Hantar Surat Bantahan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar surat bantahan kepada Persekutuan...

Janin Berusia 6 Bulan Dibuang Dalam Tong Sampah

BUKIT MERTAJAM – Seorang pengawal keselamatan yang sedang mencari tin dan botol kosong di dalam tong sampah berhampiran sebuah restoran di Taman Perwira di sini, terkejut apabila menemui janin bayi di dalam tong itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu menemukan janin tersebut dalam balutan sehelai seluar berwarna putih pada 8 malam tadi sebelum menghubungi polis.

Berdasarkan pemeriksaan awal, janin bayi dipercayai lelaki itu dianggar berusia enam bulan, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, di sini hari ini.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan berhampiran bagi mengesan pihak yang membuang janin tersebut.

Nik Ros Azhan Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Janin itu dihantar ke Hospitakl Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • janin

Kategori