Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Curi Pakaian & Barangan,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pakaian dan barangan lain di kedai baju terpakai...

Komuter Stesen Seremban-Batang Benar...

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara stesen Seremban...

ST12 Rakam Semula ‘Salam...

Siapa cakap lagu sentuhan komposer Malaysia tidak berkualiti? Nah, kumpulan dari Indonesia, ST12...

ATM Hantar Pasukan Ke...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan hantar pasukannya ke Palu di...

Lelaki Maut Jatuh Tingkat 14, Tersangkut Aras 6

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemui di tingkat enam, Menara Selatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, jam 2 petang semalam, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pusat perubatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, mayat mangsa ditemui kakitangan PPUM. Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala serta badan.

“Mangsa dipercayai terjatuh antara jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi berdasarkan keadaan mayatnya yang berbau dan kembung.

“Anggota forensik yang menjalankan siasatan di lokasi menemui satu kesan cap jari di cermin di tingkat 14. Pihak forensik juga mengesahkan tiada unsur jenayah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ke atas badan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, temu bual bersama saksi yang bertugas sebagai jururawat mendapati mangsa pernah menerima rawatan di PPUM pada Ogos tahun lalu kerana cubaan bunuh diri dengan meminum bahan berbahaya.

“Mangsa kemudiannya melarikan diri dan laporan polis dibuat oleh pihak hospital berkaitan kejadian terbabit.


“Mangsa bercerai dengan isteri pada Februari 2016. Mangsa pernah menjalani rawatan mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum mereka berkahwin pada Mac 2015,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori