Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Kena ‘Twist’, Chef...

CHEF selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Chef...

Pakar Pendakian Diramal Dominasi...

KUALA TERENGGANU - Pakar pendakian dijangka meneruskan penguasaan jersi kuning (juara keseluruhan) apabila...

Kisah Gimnas Eli Dan...

SIAPA sangka di sebalik ketangkasan tubuh lembut selaku seorang gimnas kebangsaan, Nur Eli...

Dua Anggota Polis Dituduh...

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis dan seorang pesara polis dihadapkan ke Mahkamah...

Jeli Kembali Dilanda Banjir, Mangsa Di Kelantan Meningkat

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 1,201 orang setakat 5 petang ini, berbanding 355 orang tengah hari tadi.

Jajahan Jeli kembali dilanda banjir petang ini, berikutan hujan lebat malam tadi, memaksa 841 orang daripada 234 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

Menurut aplikasi inforbanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat lagi jajahan yang masih dilanda banjir ialah Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Di Kuala Krai, terdapat 239 orang daripada 59 keluarga di tujuh pusat pemindahan manakala di Gua Musang, 78 mangsa (19 keluarga) ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Di Pasir Puteh, terdapat 25 orang (lima keluarga) ditempatkan di sebuah pusat pemindahan, manakala di Tanah Merah, 18 orang (empat keluarga) berada di sebuah pusat pemindahan.


Sementara itu, menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai kini meningkat sedikit kepada paras 25.48 meter berbanding 25.35m tengah hari tadi, namun masih melepasi paras bahaya 25m.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat sedikit kepada 9.48m berbanding 9.45m tengah hari tadi, iaitu masih melepasi paras bahaya 9m. – BERNAMA

Kategori