Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Senario Politik Di Perak...

ALOR SETAR – Senario politik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) di...

Rusuhan Kuil: Salah Seorang...

SALAH seorang tertuduh tidak hadirkan diri pada sebutan kes insiden kekecohan di Kuil...

Kadar Dividen 5.70 Peratus...

KUALA LUMPUR - Kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016 yang diisytiharkan Kumpulan Wang...

Pembantu Rumah Saksi Pertama...

IPOH - Seorang pembantu rumah yang didakwa dirogol  Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul...

Jemaah Haji 1MDB Tidak Risau Status Ibadah Mereka

KUALA LUMPUR – Jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak perlu risau dengan status ibadah mereka.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata jemaah haji perlu yakin bahawa setiap ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT dan bukannya ditentukan oleh seseorang.

“Mereka (jemaah haji) perlu letak harapan dan berdoa bahawa amalan seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji ini diterima dan selepas itu mereka harus yakin Allah SWT menerima permintaan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ibadah haji dilakukan jemaah menerusi tajaan yayasan itu tidak akan mendapat haji mabrur.

Mohamed Shukri turut berkata program tajaan yayasan itu harus diteruskan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk menunaikan rukun Islam kelima.

“Bukan semua berpeluang menjadi tetamu Allah dan usaha murni yang dilakukan ini boleh diteruskan…ia tidak menjadi masalah untuk penerima sumbangan itu pergi (tunai haji),” kata Mohamed Shukri.

Bagi Imam Masjid Negara Khisamudin Ismail pula, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu hanyalah berunsur politik semata-mata dan tidak seharusnya dibimbangi jemaah haji yang terlibat.


“Bagi pandangan saya, kenyataan itu lebih berunsurkan politik dan jemaah haji yang ditaja itu menerima hadiah dan ia tidak mendatangkan masalah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Pekan Abdul Kadir Bakar melahirkan kekecewaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri berkenaan.

“Saya dukacita mendengar kenyataan itu. Bagi saya, beliau tidak berhak menentukan bahawa haji seseorang yang ditaja di bawah yayasan itu mabrur atau tidak.

“Kenyataan itu juga hanya politik semata-mata tetapi membuatkan sesetengah jemaah haji yang terlibat marah, ini kerana kami bersyukur kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan program sebegitu,” katanya.

Kata Abdul Kadir, beliau sendiri berpeluang menunaikan haji pada tahun pertama program itu dilancarkan iaitu pada 2011. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori