Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Air Ketuban Pecah, Wanita...

SEORANG wanita hamil mencetuskan rasa panik para penumpang sebuah bas di Nanning, wilayah...

PICKids Di Pulau Pinang...

GEORGETOWN : Program pemberian vaksin bagi kanak-kanak (PICKids) di Pulau Pinang akan bermula...

Imigresen Tawau Tahan 20...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

Malaysia Negara Pertama Lancar...

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan negara pertama dipilih untuk pelancaran 'Youth for Education,...

Jersi P.Pinang Dikutuk Macam Baju Pendidikan Jasmani

GEORGE TOWN – Meskipun Mohd. Faiz Subri mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia di persada dunia, namun lain cerita dengan apa yang terjadi dalam skuad bola sepak negeri itu.

Pelancaran jersi baharu untuk skuad bola sepak Harimau Kumbang berkenaan bagi musim 2017 ternyata mendapat respons yang sangat negatif daripada kebanyakan peminat sukan tersebut di negeri Pulau Mutiara itu sendiri.

Malah penyokong dari negeri berhampiran juga tidak kurang mengambil kesempatan mengkritik teruk baju baharu pemain yang dianggap paling buruk dalam sejarah sukan bola sepak negeri tersebut sejak ditubuhkan pada 1921.

Jersi baharu skuad Pulau Pinang itu dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama-sama timbalannya, Datuk Rashid Hasnon di Stadium Bandaraya di sini pada 12 Januari lalu.

Ia diinspirasikan berdasarkan daripada warna bendera rasmi Pulau Pinang, dengan pasukan berkenaan akan memakai jersi berwarna biru untuk aksi di tempat sendiri, manakala jersi putih ketika berada di gelanggang lawan.

Baca: Pulau Pinang Perkenal Jersi Baharu Musim 2017/2018

Jersi P.Pinang Dikutuk Macam Baju Pendidikan Jasmani

Jersi P.Pinang Dikutuk Macam Baju Pendidikan Jasmani

Jersi P.Pinang Dikutuk Macam Baju Pendidikan Jasmani

Jersi P.Pinang Dikutuk Macam Baju Pendidikan Jasmani


Dengan menggunakan tagline ‘Simple tapi Rare’…, jersi berkenaan mendapat kritikan negatif kerana dianggap sebagai amat ketinggalan zaman serta setaraf dengan jersi sukan untuk kanak-kanak di sekolah rendah.

Ada juga netizen tempatan yang menyifatkan penglibatan langsung ‘orang politik’ khasnya pemimpin DAP dalam pasukan bola sepak negeri itu telah berjaya ‘mencacatkan’ sukan tersebut terutamanya dari segi pemilihan jersi.

Mungkin mereka merujuk kepada Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera iaitu Zairil Khir Johari yang dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Pulau Pinang ketika ini sehingga menyaksikan ramai pihak berasa tidak berpuas hati.

Apapun persepsi yang dilemparkan penyokong serta peminat skuad ‘Haria Penang Haria’ kepada pihak pengurusan persatuan, yang pastinya jersi baru skuad bola sepak Pulau Mutiara itu bagi musim 2017 sangat memalukan.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, walaupun dijual dengan harga serendah RM19.90 sehelai sekalipun, penyokong dan peminat Pulau Pinang tetap akan ragu-ragu untuk membelinya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori