Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Cina Memeluk Islam Dikutuk...

UNGKAPAN Malai Chu atau ‘Melayu Babi’ adalah antara cercaan sering dihamburkan sebilangan masyarakat...

Pergaduhan Di Stadium Bandaraya,...

GEORGE TOWN: Polis menahan seramai tujuh lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 38...

Tak Perlu Puji Rosmah,...

"RAKYAT Malaysia mempunyai tradisi dan budaya tersendiri. Sejak kecil lagi kita telah diasuh untuk...

Dikritik Kendalikan ABPBH 2015,...

SEPERTI semua maklum, majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (ABPBH 2015) merupakan...

Jokowi ‘Malu’ Bentuk Koc MRT Macam Cengkerik

JAKARTA – Ketika Malaysia ceria menikmati perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) yang jadi pelengkap sistem pengangkutan rel bersepadu Lembah Klang, lain pula hal di ibu kota Indonesia.

Media tempatan melaporkan Presiden Joko Widodo berasa kurang selesa dengan reka bentuk koc MRT susulan ulasan oleh pemangku Gabenor Jakarta, Dr. Soni Sumarsono yang menyifatkan ia seumpama serangga cengkerik.

Ekoran itu, pemerintah Provinsi Daerah Khusus Ibukota (DKI) telah mengirimkan rekaan baharu lokomotif MRT kepada Presiden Jokowi yang secara kebetulan sebenarnya sudah disediakan lebih awal jika pilihan pertama ditolak.

Bagaimanapun tinjauan akhbar berpengaruh KOMPAS pula mendapati rata-rata masyarakat Jakarta lebih gemar dengan reka bentuk asal namun kebanyakan mereka berpendapat pilihan kedua tampak lebih kemas dan sporty.

“Sebenarnya pasukan DKI dan MRT pergi ke Jepun untuk memuktamadkan rekaan pertama yang sudah 95 peratus adalah baik, namun baki lima peratus menjadi isu apabila kepala koc didapati menyerupai cengkerik,” kata Soni.

Jokowi 'Malu' Bentuk Koc MRT Macam Cengkerik

Setelah menyedari reka bentuk asal itu tidak begitu menarik, mereka memutuskan untuk membuat sedikit sahaja perubahan iaitu rekaan kedua termasuk dengan menggantikan warna luaran gerabak daripada hijau kepada biru.


“Sekarang kita menunggu jawapan balas Jokowi melalui Kementerian Sekretariat Negara dan saya yakin presiden akan berpuas hati dengan rekaan terbaharu lebih aerodinamik,” ujarnya di Balai Kota DKI Jakarta pada Jumaat.

Bukan hanya Jokowi, Soni menyatakan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama turut diminta untuk memberi ulasan berhubung rekaan baharu koc MRT termasuk menyediakan pelbagai alternatif lain yang sewajarnya.

“Pertimbangan untuk sebarang perubahan akhir bagaimanapun tertakluk kepada kesesuaian dari isu teknikal, seni reka bentuk serta struktur MRT kerana apa yang penting ialah aspek keselamatan dan keselesaan,” jelas beliau.

Projek MRT Jakarta dibina sejak 2013 dan bernilai 60 trilion rupiah (lebih RM2 bilion) dijangka siap tahun depan dengan melibatkan pembinaan landasan sepanjang 110 kilometer serta 13 stesen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

Kategori