KEMERIAHAN pesta, warna-warni bunga api dan pelbagai program kebiasaannya akan memenuhi kemeriahan sambutan tahun baru.
Tetapi tidak bagi Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo. Beliau yang lebih mesra dipanggil Jokowi cuma menyambut tahun baru 2017 di rumahnya sahaja.
Perkara tersebut mendapat perhatian pengguna Twitter selepas Jokowi memuatnaik gambarnya duduk di tembok batu secara santai berkain pelikat, sambil berlatar belakangkan bunga api di kediamannya di Jawa Barat.
“00.00 Tahun 2017 di rumah saja. Selamat Tahun Baru – JKW,” tulisnya di kapsyen foto tersebut.
Tweet itu lantas disambut dengan retweet dan pelbagai reaksi dari netizen khususnya daripada Indonesia
“I love you bapak ku..semoga Allah berikan kekuatan, kesabaran, serta perlindungan buat bapak, untuk Indonesia,” kata Sarah.
“Selamat tahun baru pak, tetap semangat jalankan tugas negara ya,” kata Mia.
Sejak dimuat naik semalam, gambar itu telah menerima 9,300 perkongsian dan lebih 14,000 likes dari netizen. – MYNEWSHUB.CC