Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kabinet Sudah Perbaharui Lesen...

KUALA LUMPUR – Akhirnya ‘teka teki’ keputusan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sama...

Bersih 2.0 Dedah Embargo...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Warga Kota Teruja MRT...

KUALA LUMPUR - Warga Lembah Klang terutama di ibu kota akan mempunyai lebih...

Remaja Lelaki Didera Ibu,...

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki mendakwa menjadi mangsa dera ibu dan bapa...

JSJN Sabah Rekod 591 Kes Bekalan Dadah, 893 Tangkapan

KOTA KINABALU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah merekodkan sebanyak 591 kes dadah melibatkan 893 tangkapan bagi kategori bekalan sepanjang tahun lepas.

Ketuanya Supt Mohamed Fadzil A Rahman berkata daripada jumlah tangkapan itu, seramai 151 ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagi kategori memiliki pula, beliau berkata JSJN negeri merekodkan 2,438 kes dengan 2,954 tangkapan.

“Jumlah rampasan dadah adalah 39,594.59 gram syabu, ganja (15,207.5 gram), heroin (1.6 gram), ketamin (185.4 gram), ekstasi (685 biji), erimin 5 (178 biji) dan cecair ketum (1.5 liter).

“Hasil kejayaan ini membuktikan pihak polis, khususnya JSJN, sentiasa komited dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar mengenai kes rampasan dadah di sini hari ini.


Mohamed Fadzil turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka dan berharap masyarakat terus menjadi mata dan telinga polis.

“Saya juga mengalu-alukan agar masyarakat umum dapat terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan menggunakan perkhidmatan media sedia ada seperti sistem pesanan ringkas (SMS), Rakan Cop, WhatsApp, Facebook, e-mel dan lain-lain,” tambahnya.

Beliau berkata pihaknya akan terus mempertingkatkan usaha mencegah kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah daripada terus berleluasa, walaupun pelbagai taktik baharu dan modus operandi telah digunakan oleh pihak sindiket untuk mengaburi pihak penguat kuasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori