IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak setakat 8 pagi ini kekal seperti semalam iaitu 407 orang yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut info Portal Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 182 mangsa adalah di daerah Hilir Perak dengan 97 daripadanya berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kerawai, manakala 85 lagi menghuni PPS di SK Changkat Jong Batu 8.
Sementara itu, di daerah Manjung seramai 208 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.
Bagi daerah Larut, Matang dan Selama, jumlah mangsa di PPS Surau Padang Serai Dalam kekal 21 orang. – BERNAMA