PENYANYI terkenal Justin Bieber, Kanye West dan Drake dilaporkan mahu memboikot Anugerah Grammy tahun ini.
Menurut laporan laman gosip TMZ, Justin Bieber memboikot anugerah yang mengiktiraf penggiat muzik Amerika Syarikat itu kerana merasakan ia tidak lagi relevan dan sudah hilang kredibilitinya.
Hal memboikot Grammy dimulakan oleh penyanyi Frank Ocean yang langsung tidak menghantar pencalonan albumnya, Blonde kerana merasakan anugerah itu tidak mewakili suara penyanyi muda kulit hitam.
Kanye pula beranggapan, walaupun tercalon dalam lapan pencalonan, namun dia pasti akan kalah juga kepada penyanyi kulit putih yang lain.
Mendapat lapan pencalonan, Drake pula tidak berkesempatan menghadiri Grammy kerana terikat dengan konsert jelajah di London pada hari sama anugerah itu berlangsung 12 Februari ini. – MYNEWSHUB.CC