Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Mia Perjelas Isu Tak...

AKTRES baharu Mia Ahmad menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak hadir...

1MDB Diminta Beri Kerjasama...

GEORGETOWN - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu bekerjasama dan membantu Pasukan Petugas yang...

Najib Tiada Kepentingan Dalam...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai kepentingan...

Remaja Perlukan RM25,000 Biayai...

MELAKA – Seorang remaja yang mengalami masalah ‘Adoloscent Idiopathic Scoliosis’ atau tulang belakang...

KAFA Setuju Kerajaan Negeri Ambil Alih – Afandi

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju dengan hasrat kerajaan negeri ingin mengambil alih pengurusan persatuan itu namun ia perlu dimuktamadkan esok (Khamis).

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata hasil pertemuan dengan kerajaan negeri, pihak Exco KAFA bersetuju dengan hasrat berkenaan melalui syarikat atau pihak tertentu yang bakal dilantik.

“KAFA juga sudah menghantar surat persetujuan mengenai perkara itu kepada kerajaan negeri semalam. Namun, keputusan secara muktamad dan terperinci yang disebut oleh Datuk Abdul Fatah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri) perlu dimuktamadkan segera.

“Bagi tujuan ini, KAFA harap segala terma dan syarat perjanjian perlu disegerakan dan dimuktamadkan sebelum jam 10 pagi esok, untuk membolehkan KAFA menyelesaikan beberapa perkara teknikal dengan pihak FAM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama ialah bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail dan Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md. Noor.


Sementara itu, Ismail berkata, KAFA menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang bersetuju membantu persatuan itu yang dalam proses mempersiapkan pasukan The Red Warriors.

“Usaha KAFA dengan kerajaan negeri sebenarnya lebih menjurus kepada menyelamat bola sepak negeri yang kini berdepan dengan krisis kewangan serius,” katanya. – Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • KAFA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori