PELAKON Hanez Suraya Abd Aziz hari ini menerusi laman Instagramnya, menjelaskan rumah tangganya dalam keadaan baik sahaja selain dia masih bahagia bersama suami, Romie Razin Adilha Abd Jais.
Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, rumah tangganya masih kekal bahagia dan meminta pihak di luar sana tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hal perkahwinannya.
“Tiada apa yang perlu jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak (dapat) lari daripada melakukan kesilapan.
“Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Alhamdulillah, rumah tangga kami kekal. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana tertentu,” tulisnya.
Hanez sebelum ini dilaporkan memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Baca:Â Hanez Suraya Fail Permohonan Cerai
Aktres itu bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya.
Hanez dan Romie berkahwin pada 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Aleesya, 13 bulan. – MYNEWSHUB.CC