Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pelarian Syria: Masa Depan...

KUALA LUMPUR - Z.Halabi tidak pernah berfikir suatu hari nanti beliau akan bangkit...

Kenyataan Guan Eng Seolah-Olah...

KUALA LUMPUR – Tindakan Kementerian Kewangan yang hanya akan menyegerakan projek membaik pulih...

Pemungut Sampah Curi Untuk...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pemungut sampah dihukum...

SOSMA: Muhyiddin Dan Shafie...

KOTA KINABALU - Seorang Ketua UMNO Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden UMNO...

Budak Perempuan Lemas Tergelincir Dalam Tali Air

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak perempuan lemas selepas tergelincir dalam tali air di Kampung Bemban, Kangkong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad berkata dalam kejadian 4.45 petang itu, Aumuni Abdul Rahman, 8, bersama ibunya, Zarina Seman, 35, ke tali air tersebut untuk melihat air sebelum mangsa tergelincir ke dalam tali air itu.

“Ibunya yang melihat kejadian itu segera meminta pertolongan penduduk untuk menyelamatkan anaknya dan mangsa ditemukan lemas berdekatan tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini, untuk bedah siasat.

Sementara itu, di TUMPAT, operasi mencari seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Laut semalam, masih diteruskan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata operasi mencari itu melibatkan anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kampung Laut.

Katanya pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan remaja itu, Wan Rostam Danaeil Wan Roszan pada 5.34 petang semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori