Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan SPM Ulangan 2017...

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2017 akan dimumkan pada...

Guan Eng Pinjam Lagi...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dibidas kerana membuat pinjaman lagi...

Kadar Rt COVID-19 Seluruh...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) mengikut kes harian di...

‘Sedekah Pilihan Raya’: SPRM...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengenal pasti 90 individu didakwa...

Kantoi Seludup BF Keluar Penjara Dalam Beg Pakaian

BENARLAH kata pepatah bahawa cinta itu buta dan mampu menjadikan seseorang bertindak di luar kawalan gara-gara cinta.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita dari Venezuela, Antonieta Robles Saouda, 25, apabila cubaan menyeludup keluar pasangannya dari penjara di dalam sebuah bagasi pakaian berwarna merah jambu terkantoi.

Teman lelakinya, Ibrain Jose Vargas Garcia sedang menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun di penjara Jose Antonio Anzoategui, timur laut Venezuela atas kesalahan melakukan rompakan kereta.

Kantoi Seludup BF Keluar Penjara Dalam Beg Pakaian

Saouda melawat Garcia bersama sebuah beg berwarna merah jambu. Namun tindakan Saouda menimbulkan keraguan beberapa pengawal penjara apabila dia dilihat bergelut dan bersusah payah untuk membawa beg itu keluar dari penjara tersebut.

Apabila siasatan dilakukan ke atas bagasi pakaian itu mendapati Garcia berada di dalamnya di sebalik beberapa pakaian yang digunakan untuk menyembunyikannya.


Susulan kejadian itu, Garcia dihantar semula ke penjara manakala Saouda ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang kanak-kanak perempuan yang menemani Saouda ketika melawat Garcia dihantar ke pusat kebajikan sementara menunggu siasatan kes itu.

Bagaimanapun identiti kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan anak kepada pasangan tersebut ataupun tidak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori