Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemimpin DAP Biadap Hina...

KEPALA BATAS - Setelah gagal hasut rakyat benci Barisan Nasional pada pilihan raya...

Pembangkang ‘Putar Belit’ Tentang...

KUALA LUMPUR - Pada satu waktu mereka mencerca kononnya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

Lelaki Nepal Ditahan Cuba...

SEORANG lelaki warga Nepal ditahan selepas cuba merasuah polis yang menahannya kerana memandu...

UMS Buat Kajian Keluar...

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU)...

Kasih Seorang Ibu… Sanggup Daki Bukit Cari Anak Hilang

SESUNGGUHNYA kasih ibu itu tiada batasan. Demi mencari anaknya yang hilang, seorang ibu sanggup menggunakan segala kudratnya untuk mendaki Bukit Broga, Semenyih.

Dia malah hadir bersama-sama menyertai misi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai agensi tempatan beberapa hari lalu.

Aksi Rohana Saad, 49, yang mendaki Bukit Broga mencari anaknya, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, lantas tular menerusi laman sosial setelah dimuat naik oleh seorang sukarelawan misi mencari itu.

Menerusi video itu, Rohana dilihat memanggil-manggil nama anaknya dengan nada sayup.

Video berdurasi 18 saat itu, nyata menimbul rasa sayu dan hiba terhadap netizen perilaku si ibu.

Sementara itu, Rohana akui dia sudah empat hari tidak tidur nyenyak kerana memikirkan insiden yang menimpa anaknya.

Kasih Seorang Ibu... Sanggup Daki Bukit Cari Anak Hilang

Katanya, selaku ibu, dia amat berharap anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

“Saya akan terus menggunakan kudrat empat kerat ini untuk cari dia walaupun misi mencari akan dihentikan malam ini.


“Namun apabila kehilangannya sudah memasuki hari keempat, saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya keajaiban berlaku.

“Naluri ibu ini kuat mengatakan dia masih ada di atas sana.

“Kehilangan Azarul sangat misteri dan berlaku secara mengejut. Terasa seperti baru petang tadi dia memberitahu saya dia mahu ke Broga.

“Tidak sangka pula dia tidak ditemui hingga hari ini,” katanya kepada Harian Metro.

Sama-sama kita doakan semoga anak Rohana dapat ditemui semula dalam keadaan yang selamat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori