Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Video: Lelaki Indon Makan...

JIKA di semenanjung, orang Melayu amat gemar menjadikan pucuk paku sebagai ulam-ulaman segar...

Guru Wanita Tuduh Obama...

SEORANG pesara guru di Texas, Amerika Syarikat (AS), yang mendapat perhatian media nasional...

RM2.2 Juta Wang Ihsan...

PASIR MAS - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan wang ihsan sebanyak RM2.2 juta untuk diagihkan...

Video: Pasangan Gemuk Curi...

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kelicikan sepasang kekasih yang bermaharajalela menjadikan...

Kawasan Lembah Kelang Rasai Gegaran Gempa Di Sumatera

KUALA LUMPUR – Gegaran gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter di Sumatera Utara malam ini turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang.

Gegaran yang dilapor berlaku pukul 8.42 malam itu turut dirasai oleh mereka yang berada Sri Hartamas, Kota Damansara dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Seorang pekerja swasta, Zulkiflie Aminuddin, 25, berkata pada awalnya beliau menyangka dirinya diserang migrain apabila tiba-tiba terasa pening ketika sedang berehat di rumahnya di tingkat 18, Kondominium Kiaramas Sutera, di sini.

“Semasa ingin ke dapur, langkah saya agak tidak stabil dan saya berasa pening…saya ingatkan migrain tetapi ia hanya dalam 10 saat sahaja.

“Saya segera memeriksa berita di laman sosial, barulah saya tahu pening yang saya alami tadi adalah kesan gegaran gempa di Sumatera,” katanya kepada Bernama.

Detik cemas tersebut turut dikongsi seorang suri rumah, Syakira Mustapha, 34, yang ketika itu berada di sebuah restoran di TTDI bersama keluarganya.


“Gelas minuman kami di atas meja tiba-tiba bergerak, saya juga terasa pening…pada mulanya saya ingat air minuman beralun disebabkan bunyi kuat daripada muzik di situ.

“Sangkaan saya meleset apabila pemuzik berhenti bermain…namum, air minuman saya tetap beralun di dalam gelas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

“Setakat ini, bilik gerakan tidak mendapat sebarang aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu, bagaimanapun kami akan sentiasa memantau dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,” katanya. – BERNAMA

Kategori