Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Penggunaan Kit Diagnostik, Rawatan...

PUTRAJAYA: Program saringan dan rawatan Hepatitis C di seluruh negara dimantapkan dengan mempertingkatkan...

RM55 Harga Untuk Sekeping...

Bukti bagi kisah ini adalah resit bulan lalu tapi tak apalah, bagi yang...

Umrah Ditangguh, 1,306 Jemaah...

KUALA LUMPUR : Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8...

Anak Bawa Bapa Lumpuh...

HENAN - Dek kerana risaukan bapa yang membesarkannya selama ini, seorang pelajar membawa lelaki...

Nyaris Maut Kayu Penyepit Tertembus Otak

BEIJING – Seorang budak perempuan berusia tiga tahun masih panjang umur apabila terselamat selepas kayu penyepit terpacak empat sentimeter ke dalam otaknya melalui mulutnya.

Kanak-kanak dikenali sebagai Tong Tong itu tersandung ketika makan menggunakan kayu penyepit di rumahnya di Hanzhong pada 8 Januari lalu.

Doktor berjaya mengeluarkan alat itu yang cuma satu milimeter hampir terkena tangkai otaknya – bahagian yang mengawal pelbagai fungsi badan termasuk menelan dan bernafas.

Tong Tong dilaporkan baru mula makan sekitar jam 2 petang (waktu tempatan) sebelum tersandung menyebabkan kayu penyepit digunakannya termasuk ke dalam mulutnya yang ternganga, lapor Kan Kan News.

Dia dibawa ke Hospital Kanak-kanak Xi’an di mana imbasan CT mendapati 13 sentimeter kayu penyepit itu termasuk ke dalam mulutnya dengan empat sentimeter menembusi otak.

Pakar bedah saraf di hospital itu, Mi Weiyang berkata: “Kayu penyepit itu cuma satu milimeter dari tangkai otak iaitu organ penting untuk manusia.”


“Dia amat bernasib baik kerana kayu penyepit itu tidak digerakkan. Jika tidak dia pasti mengalami pendarahan dalaman dan berkemungkinan tinggi membawa maut.”

Hasil pembedahan, doktor berjaya mengeluarkan kayu penyepit itu 11 jam selepas kejadian berlaku. Tong Tong kini dilaporkan dalam keadaan stabil. – Agensi/myMetro Online

Kategori