Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Plakad Provokasi: Deejay AS...

"TEMAN wanita saya adalah seorang Muslim dan dia dari Malaysia," itu yang diperkatakan seorang...

46,461 Calon UPKK 2016...

PUTRAJAYA - Seramai 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas...

Haris Ibrahim Dipenjara 8...

KUALA LUMPUR - Bekas peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dihukum penjara lapan bulan...

Rayuan Abdul Azeez Batal...

PUTRAJAYA : Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan...

Keadaan Jantung Datuk Lat Lemah – Anak

IPOH – Keadaan jantung kartunis terkenal Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat adalah lemah, kata anak sulungnya Junaidah, 33.

“Bapa saya stabil. Dia seperti biasa boleh bercakap, makan dan berjalan cuma keadaan jantungnya sekarang ini lemah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata hari ini bapanya telah menjalani beberapa ujian dan doktor memaklumkan keputusan ujian tersebut dijangka diketahui Isnin depan.

Lat, 65, dimasukkan ke Hospital Pantai di sini sejak minggu lepas kerana masalah jantung namun dibenarkan keluar pada Selasa lalu.

Baca: Kartunis Datuk Lat Dirawat Di ICU Kerana Masalah Jantung

Bagaimanapun beliau dimasukkan semula ke hospital yang sama semalam dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana wad biasa penuh dengan pesakit lain.

Sementara itu isterinya Datin Faezah Ahmad Zanzali ketika ditemui di hospital berkata suaminya menerima rawatan di wad biasa dan memerlukan rehat yang secukupnya.


“Semalam dia sedih apabila dapat tahu media mengatakan dia dimasukkan ke ICU sedangkan keadaan dia stabil tetapi sebenarnya dimasukkan ke ICU kerana wad penuh.

“Beri la dia (Lat) masa untuk rehat dan jangan ganggu dia buat sementara waktu ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori